Friday 27 December 2013

PERUMPAMAAN ATAU REALITI


kembali mengibau kenangan diketiapan pantai,
pepasir yang menjadi coretan keimanan,
istana awan gah dilangit ibarat keistiqomahan,
sinaran hangat mentari semarak semangat juang yang kian terpendam...

adakah ini hanya satu perumpamaan,
atau realiti yang bakal mendatang
ataupun pudar menghilang...

Wednesday 18 December 2013

Sahabat - Sayyid Qutb

Sahabat,
Andainya kematianku ini kau tangisi
Pusaraku kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang sudah hancur luluh
Nyalakan obor untuk ummat ini
Dan lanjutkan gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Teman-teman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menanti ku
Dan berbahagialah hidupku disana

Sahabat,
Cahaya kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Disana cahaya fajar memancar.

-Sayyid Qutb,

Wednesday 19 June 2013

Sesuatu Yang Tidak Menentu

Bukan aku bersendirian antaramu
Boleh di bilang bahu-bahu yang bersatu
Walaupun hanya satu
Tapi bahu-bahu membantu
Membantu mengapai sesuatu yang ku juga tak tahu

Kita bukanlah yang dipilih
Tetapi yang terpilih

Terpilih untuk sesuatu yang tidak menentu
Cuma satu yang sudah tertentu
Iaitu janji ilahi kepada mereka yang tertentu